Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, August 6, 2013

Biskut badam rangup krup krap krup krap.. haha...

Assalamualaikum...

Biskut badam rangup krup krap krup krap.. haha...


Suka pulak saya buat biskut badam rangup ni. Hari tu dah buat sekali.. Malam tadi buat sekali lagi sebab tengok anak-anak buah macam suka je makan biskut ni.





Bahan-bahannya:

1 kg tepung gandum
400 gram gula kastor
500 gram buttercup
75 gram tepung jagung
2 sudu kecil KFC baking powder - guna sudu KFC yang kecil tu untuk sukat baking powder
150 gram badam cincang
100 gram shortening
50 gram susu tepung
1 sudu kecil KFC garam halus - guna sudu KFC yang kecil tu..
2 biji telur - dipukul dahulu

Hiasan:
2 biji kuning telur - dipukul
Sedikit badam cincang ataupun badam hiris - optional





Cara-caranya:

1) Masukkan semua bahan kering ke dalam satu bekas besar. Kacau dengan whisk ataupun senduk supaya semua bahan sebati. Ketepikan.

2) Putar butter bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan shortening sambil teruskan putar.

3) Lepas tu, masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Putar lagi.

4) Kemudian, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sambil mengadun. Adun sehingga menjadi doh dan tidak melekat di jari. Tak perlu putar. Adun guna jari je.

5) Canaikan doh dan terap ikut acuan yang disukai.

6) Griskan dulang pembakar dan susun biskut di dalamnya Sapukan kuning telur dan taburkan badam cincang di atasnya. Kalau takde badam cincang, boleh je letakkan sekeping hirisan badam.

7) Bakar pada suhu 160 C selama lebih kurang 20 minit ataupun hingga kuning telur atas biskut tu bertukar warna keperangan. Biar garing sedikit sebab kalau tak garing nanti biskut tu tak rangup.. (Bergantung pada jenis oven masing-masing ya.. Saya guna api atas dan bawah.. Dan kena pusing-pusingkan dulang pembakar untuk masak sekata..)

8) Sejukkan biskut di atas redai.. Kemudian, simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.. (Kalau takde redai, boleh je gunakan jaring mata punai.. Janji jaring tu bersih..)







p/s: Sebelum masukkan dulang pembakar berisi biskut, panaskan dahulu oven selama lebih kurang 10 minit. Lepas tu barulah masukkan dulang pembakar tadi. Selamat mencuba.. :)