Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, May 21, 2011

Roti Jala dari My. Resipi

Dsc02494
Assalamualaikum...

Nak kongsikan resepi roti jala yang diambil kat page My Resipi.com. Banyak resepi kat situ yang boleh dicuba. Sengaja letak kat blog ni supaya senang nak cari bila-bila diperlukan... ;)

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..kalau buat kecil lagi ler byk dpt )
  • 1. 1kg tepung gandum
  • 2. 1 tin susu cair
  • 3. 4 tin air (guna tin susu)
  • 4. 4 biji telur
  • 5. sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • 6. sedikit minyak masak utk melenser kuali 
  • 7. acuan roti jala

Cara-cara

  1. Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel.
  2. Masukkan adunan tadi ke dalam blender dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis.
  3. Panaskan kuali leper non stick dan sapukan sedikit minyak masak. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan jalakan di atas kuali.
  4. Biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak. Bolehlah diangkat dan dilipat mengikut citarasa masing-masing.