Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, January 30, 2010

TAUHU BAKAR

Assalamualaikum...

Ini adalah resepi tauhu bakar yang saya minta dari kakak ipar saya. Lain orang, lain cara pembuatannya.

TAUHU BAKAR

Bahan-bahan A:
6 keping tauhu lembik (ambil yang saiz besar)
3 genggam taugeh
1 biji timun
1/2 biji sengkuang

Bahan-bahan B:
1 senduk cili boh
2 ulas bawang putih (dititik sedikit)
3 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula pasir
4 sudu makan air asam jawa
3 cawan air sejuk
garam secukup rasa

Bahan tambahan/hiasan:
sedikit bijan (yang digoreng tanpa minyak)
sedikit kacang tanah (yang digoreng tanpa minyak+ditumbuk/kisar sedikit)

Cara-cara:

1) Bakar tauhu sehingga agak garing atas api yang kecil. Balik2kan jangan sampai hangus. Angkat dan ketepikan dahulu.

2) Hiris nipis timun dan sengkuang.

3) Taugeh dicelur sedikit. Angkat, tos dan ketepikan dahulu.

4) Campurkan kesemua bahan2 B. Masak di atas api yang sederhana besar sehingga agak pekat. Kemudian barulah ditutupkan api dapur.

5) Untuk menghidang:
~> Potong tauhu mengikut kesukaan masing2. Letakkan taugeh, hirisan timun dan sengkuang ke atas tauhu. Curahkan kuah/sos ke atasnya dan taburlah bijan dan kacang tanah sebagai perasa tambahan.

Tips: Jika suka belacan, bolehlah diletakkan sedikit ke dalam sos/kuah tauhu, terpulang kepada citarasa lidah masing2 ya...