Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, June 13, 2013

Kuih gunting guna mesin..

Assalamualaikum...

Kuih gunting guna mesin..


Ini kuih gunting versi malas sikit.. Takde letak bahan sampingan kecuali garam dan bahan asas je.. Saya menggunakan resepi doh karipap untuk buat kuih gunting ni. Dulu dah pernah buat dah tapi tak ingat guna resepi yang mana satu..

Baru-baru ni ternampak seorang kenalan fb upload gambar dan resepi doh karipap yang dia buat. Jadi, sayapun cuba ikut resepi beliau. Cuma saya gandakan sukatan sebab saya nak buat banyak sikit kuih gunting ni.. Tapi tang sukatan air tu, saya main agak-agak je dan tak gandakan sukatan..




Bahan A:
6 sudu makan minyak masak
6 sudu makan butter
 -> Panaskan kedua-duanya hingga butter mencair


Bahan B:
6 cawan tepung gandum (2 cawan = 250 gram.. So, 6 cawan = 750 gram)
1/2 sudu kecil garam - anggaran (ikut suka)
-> Gaul rata tepung gandum + garam

Bahan C:
1 1/4 cawan air suam - bergantung pada doh yang diadun.. (gunakan cawan yang sama masa menyukat tepung gandum)




Cara-caranya:

1) Masukkan tepung gandum + garam ke dalam bekas. Kacau rata. Ketepikan sekejap.

2) Curahkan minyak + butter yang telah dicairkan tadi ke dalam bekas berisi campuran tepung + garam dan gaulkan sebati dengan menggunakan sudu sebab panas..

3) Bila adunan dah agak sejuk, gaul rata menggunakan jari hingga jadi seperti serbuk roti.

4) Kemudian, masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tidak melekat di jari. Jika kurang air, boleh la ditambah sedikit demi sedikit ya. 

5) Selepas itu, perapkan doh selama lebih kurang 20-30 minit. 

6) Kemudian boleh la mula masukkan doh ke dalam mesin ataupun jika rajin, boleh la gunting ikut saiz yang dikehendaki.

7) Goreng hingga keperangan dengan minyak yang panas dan api yang sederhana.