Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, May 14, 2011

Ikan Siakap Stim Berempah Adabi

Assalamualaikum...

Nak kongsikan resepi yang diambil dari rancangan Apa Kata Wanita kat TV 1. Rugi pulak rasanya bila dah tengok tapi tak ambil sedikit info dari situ, betul tak..? Kali ni Zamzarina ajar cara nak masak ikan siakap stim berempah adabi (sebab penaja dari adabi..). Terima kasih Zam.. :-)

Bahan:

1 inci halia- dihiris
2-3 ulas bawang putih - dimayang
I ekor ikan siakap - dibersihkan dan dilumur dengan sedikit asam jawa dan ketepikan seketika.
1 bunjut rempah sup adabi - digoreng rempah yang ada dalam bunjut tu. Goreng tanpa minyak. Kemudian dikisar dengan pengisar kering.

**Bersihkan ikan dari lumuran asam jawa. Letak ikan di atas pinggan. Taburkan/lumurkan rempah goreng tadi ke atasnya. Kemudian taburkan pula hirisan halia dan bawang putih yang dicincang halus tadi. Kukus di atas kukusan yang telah mendidih airnya selama lebih kurang 15-20 minit.

Sos:

200 ml kicap cair adabi
100 ml kicap manis adabi
1/2 sudu teh serbuk berperisa nasi ayam goreng adabi
500 ml air (1 gelas)
daun ketumbar
daun bawang

**Masukkan semua kicap ke dalam kuali tanpa minyak. Dan masukkan kesemua bahan yang lain. Kacau hingga mendidih dan angkat. Tuangkan sos tadi ke atas ikan yang telah dikukus tadi.

Nota: Bahan-bahan tu anggaran sahaja bergantung kepada kuantiti ikan yang hendak dikukus... Selamat mencuba.


Jawapan balas dari Zamzarina. Tenkiu ya Zam... :-)