Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Friday, September 3, 2010

AYAM PANGGANG + ANEKA SOS

Assalamualaikum...

Resepi ayam panggang beserta dengan aneka jenis sos.. Cuba la ya...

Bahan:

1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 sudu besar madu
1 sudu besar air limau kasturi
2 sudu besar sos BBQ
1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang**
5 kuntum bunga cengkih**
2 biji buah pelaga**
2 inci kulit kayu manis**
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara:

1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan sos BBQ.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan bertanda ** ke dalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam di atasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

SOS/GRAVY LADA HITAM
----------------------------------

Bahan:

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang dikehendaki. Rasakan garam dan gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam kukus atau ayam bakar atau pun chicken chop.


SOS CENDAWAN
---------------------

Bahan:

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara:

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang dikehendaki. Rasa garam dan gulanya dulu.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

SOS REMPAH
------------------

Bahan:

2 sudu besar majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.


p/s: Saya tak ingat dari mana saya ambil resepi ni.. Maaf sebab takde letak link.. Apapun, terima kasih atas resepi ini.. Saya tak pernah lagi mencuba...