Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi.. Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Amin...

Wednesday, January 12, 2011

AGAR-AGAR ROTI sodaaappp..!!!

Assalamualaikum....

Semalam saya cuba buat resepi agar-agar roti. Kebetulan semua bahan dah tersedia ada kat dapur. Apa lagi, mood rajin dah datang.. Saya ubah sikit resepi tu. Resepi asal tu gunakan 6 keping roti dan 6 cawan air, tapi saya gunakan 7 keping roti dan 7 cawan air. Roti memang tinggal 7 keping je, sayang la pulak nak tinggalkan sekeping tu. Saya gunakan roti gardenia. Bahan yang lain tu sama je dengan resepi asal. Memang lembut dan gebu je bila dah jadi. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi resepi tu ya... =)



Bahan-bahan yang saya gunakan:

7 keping roti (disiat kecil-kecil)
20g agar-agar biasa (direndam seketika biar kembang)
7 cawan air
1 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Gula ikut manis yang disukai
3 pewarna lain (jika suka banyak warna)

Cara-caranya: (cara saya)

1) Masukkan telur ke dalam bekas. Pukul sedikit.

2) Masukkan esen vanilla.

3) Masukkan pula susu cair. Kacau sedikit biar rata.

4) Masukkan pula roti yang telah disiat-siat tadi. Gaul rata agar sebati dan biarkan roti tu terendam seketika.

**Sepatutnya kena kisar/blend adunan ni tapi saya tak blend/kisar sebab kat rumah takde blender khas untuk blend adunan kuih. Yang ada blender cili je. Kang pedas lak agar-agar ni.. :-)


5) Sementara tu, toskan agar-agar yang direndam tadi dan masak dengan 7 cawan air.

6) Bila agar-agar telah larut, tuangkan adunan yang berisi roti tadi.

7) Masukkan gula mengikut rasa yang disukai. Tunggu sehingga gula mencair.

8) Biarkan mendidih seketika dan selepas tu barulah boleh tutup api.

9) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (jika suka). Boleh juga letak satu jenis pewarna je, bergantung pada selera masing-masing la kann...

10) Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tuangkan satu persatu. Untuk mencorakkannya, pandai-pandai sendirilah ya... =D

11) Tunggu sehingga agar-agar sejuk. Kemudian bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Lepas tu bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

2 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Wahhh cunnye agar2 roti tu! Teringin nak ngap je ;)

~ Kak Azz ~ said...

Love~> hehehe... sila bukak mulut luas2 sebelum ngapp... =)