Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Friday, January 8, 2010

KAYA

Assalamualaikum...

Jom buat jem kaya sendiri. Kaya ni lagi berkhasiat daripada marjerin planta tu tau.... huhuhu...


JEM KAYA

Bahan-bahan:

1 biji kelapa (jadikan 4 cawan santan)
2 biji telur (seeloknya diramas2 dahulu dengan daun pandan)
1 1/4 cawan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 helai daun pandan/1 sudu makan perisa pandan

Cara-cara:

1) Pukul telur dengan gula hingga kembang.

2) Kemudian masukkan santan. Kacau biar sebati.

3) Kacau/masak di dalam kuali dengan api yang sederhana.

4) Masukkan daun pandan/perisa pandan. Biarkan mendidih seketika.

5) Masukkan pula bancuhan tepung jagung (sambil masuk tu, tangan yang sebelah lagi teruskan mengacau supaya Kaya tak bergentil).

6) Teruskan mengacau sehingga Kaya mendidih dan pekat.

7) Bila Kaya sudah agak pekat, bolehlah matikan api dapur.

p/s: Jika kurang manis, boleh la di tambah sedikit gula lagi. Boleh juga letak pewarna yang disukai. SELAMAT MENGACAU..!!

KUIH GOYANG / ROS

Assalamualaikum....

Pernah dengar nama kuih goyang? Mungkin ada yang pernah makan tapi tak tau nama dia. Ada jugak orang yang panggil kuih goyang ni dengan panggilan kuih ros... Resepi kuih goyang ni saya ambil dari sebuah majalah..



kuih goyang yang bergoyang bila digoyang.....muehehehe....


KUIH GOYANG @ ROS

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan yang agak pekat (dari 2 biji kelapa)
2 biji telur ayam
5 cawan @ 1 kampit tepung beras
secubit kapur sirih (untuk merangupkan)
secubit garam
minyak masak secukupnya
acuan kuih ros/goyang

Cara-cara:

1) Pukul telur dengan gula hingga agak kembang.

2) Masukkan santan, kapur dan garam. Kacau perlahan-lahan.

3) Masukkan pula tepung beras sedikit demi sedikit supaya adunan tidak bergentel. Kacau rata.

4) Panaskan minyak dalam kuali. Letakkan acuan ros dalam kuali untuk memanaskannya.

5) Bila acuan sudah panas, celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.

6) Masukkan celupan ke dalam kuali sambil menggoyangkan acuan supaya adunan yang melekat itu tanggal.

p/s: Jika adunan terlalu pekat bolehlah tambah sedikit santan cair ke dalamnya. Cubalah buat sekarang, mana tau boleh buat bisnes raya nanti... muehehehehe...

LEMAK CILI PADI UDANG GALAH DAN NENAS

Assalamualaikum....

Korang suka tak dengan masakan dari Negeri Sembilan? Kalau suka, cubalah buat resepi yang ni pulak ehh.... Jadi atau tak tu, belakang kira..... Yang penting semangat ingin mencuba tu mesti ada... muehehehehe.....


MASAK LEMAK CILI PADI UDANG GALAH + NENAS


Bahan-bahan:

1 kg udang galah
2 biji kelapa
1 biji nenas mengkal/muda (sederhana besar)
20 biji cili api (kalau tak pedas boleh tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
secubit serbuk perisa (jika suka) @ 1 sudu makan gula pasir

Cara-cara:

1) Kupas nenas, bersihkan dan belah 4 bahagian. Kemudian
potong kecil2 tiap bahagian nenas tersebut.

2) Rebus/celur seketika nenas untuk menghilangkan rasa
masam.

3) Kemudian toskan nenas tersebut. Ketepikan dahulu.

4) Potong misai dan ekor udang galah. Bersihkan dan toskan.

5) Parut kelapa dan ambil pati santan sahaja.

6) Tumbuk/kisar halus cili api dan kunyit hidup.

7) Masukkan udang dan bahan kisar dalam periuk.

8) Masukkan pati santan. Masak di atas api yang sederhana.
Sentiasa kacau perlahan2 gulai untuk mengelakkan santan
pecah minyak.

9) Masukkan garam dan serbuk perisa secukup rasa. Biarkan
gulai mendidih seketika.

10) Selepas gulai mendidih, masukkan pula nenas yang telah
direbus dan ditoskan tadi. Kacau gulai perlahan2.

11) Biarkan nenas dan udang sebati. Lepas tu barulah tutup
api dapur.

KEK DARI MATA AZYMA

Assalamualaikum....

Ini merupakan resepi dari kakak saya. Dah banyak kali dah buat kek ni. Korangpun patut mencubanya. Kalau buat jualpun okay gak pe..hikk3..



KEK DARI MATA AZYMA

Bahan-bahan:

250g tepung gandum
220g gula aising (manis2 buah)
6 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih)
1 buku buttercup
1 penutup esen vanilla (penutup botol tu)
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu makan pewarna hijau

Cara-cara:

1) Ayak tepung bersama2 dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan dahulu.

2) Pukul putih telur dahulu sehingga benar2 kembang. Kemudian ketepikan juga.

3) Selepas itu barulah pukul gula aising bersama dengan buttercup. Pukul sehingga kembang.

4) Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.

5) Masukkan kuning telur. Teruskan memukul sehingga adunan sebati dan kembang.

6) Selepas itu masukkan putih telur yang telah siap2 dipukul tadi. Kaup2kan adunan biar rata. Tak perlu pukul lagi.

7) Barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2 supaya adunan kek benar2 bersatu.

8) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu lagi biarkan warna asal.

9) Masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam loyang pembakar yang telah siap digriskan. Masukkan adunan sehingga habis semuanya.

10) Bakar kek sehingga masak. (Lebih kurang 45 minit-1 jam) dengan suhu 150 darjah. (Oven haruslah dipanaskan dahulu. Jika tidak, masa pembakaran akan jadi lebih lama lagi)