Ni resepi mak saya. Tapi mak saya ni kalau masak, main campak2 je. Oleh itu, saya kenalah olah sedikit resepi tersebut berdasarkan dari apa yang saya lihat semasa dia memasak.

LEMAK CILI PADI PERUT DAN REBUNG
Bahan-bahannya:
1 kg perut (dicelur sampai lembut dan kemudian dihiris kecil2)
2 biji kelapa (ambil santan)
2 bungkus rebung (yang biasa dijual di pasar)
2 batang serai (dititik)
15/20 biji cili padi
1 1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
Cara-caranya:
1) Basuh rebung, tos dan ketepikan dahulu.
2) Kisar cili padi dan kunyit hidup sampai halus. Masukkan ke dalam periuk.
3) Masukkan sekali santan, hirisan perut, rebung dan serai.
4) Masak dengan api yang sederhana besar. Kacau gulai supaya santan tak pecah.
5) Bila sudah mendidih, masukkan pula garam. Masak sehingga perut benar2 empuk.
Nota: Boleh juga jika mahu masukkan rebung setelah gulai mendidih.