Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, September 9, 2010

BISKUT BADAM

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi dari kawan FB saya iaitu Za Zauyah. Mekasih Za sebab sudi kongsikan resepi ni. Siapa yang nak mencuba tu, dipersilakan la ya...

Biskut badam yang dibuat oleh Za Zauyah sendiri... Nampak sungguh menyelerakan sekali...

Bahan-bahannya:

150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung *(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.

2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak. Kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.

3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar.

4. Sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.

5. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.