Assalamu'alaikum...
Meroti lagi: Cuba resepi baru..
Resepi asal roti ni saya ambil dari sini.. Cumanya saya gandakan sukatan tu sebab sukatan tu macam sikit sangat.. Sepatutnya jika nak mencuba, kenalah guna sukatan yang sedikit dahulu tapi saya tawakkal aje la.. ahahh... Dan kali ni juga saya gunakan timbang ikut sukatan matrik dan ikut betul-betul dia punya sukatan.. Selalunya kan guna cawan je..
Bahan-bahan yang saya gandakan dan saya olah:
400 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung roti)
6 gram garam halus
40 gram gula
8 gram yis mauripan
200 gram air suam (200ml)
40 gram telur (pecahkan telur dan kocak dahulu - tak sampai sebiji - bergantung pada saiz telur yang digunakan)
40 gram marjerin planta (resepi asal guna butter)
Cara:
1) Satukan yis, air suam dan gula dalam satu bekas.. Kacau rata dan tutup bekas tersebut.. Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit untuk yis mengembang..
2) Sementara tunggu yis kembang, satukan tepung gandum, telur, garam dan marjerin dalam bekas yang besar..
3) Bila yis dah kembang elok, curahkan ke dalam bekas berisi tepung tadi dan mulakan menguli hingga rata..
4) Cara nak uli boleh tengok kat link ini.. Ada video kecil kat situ. Klik je tulisan warna merah tu...
5) Setiap doh beratnya 50 gram.. Cuma ada satu doh yang tak sampai 50 gram..
No comments:
Post a Comment