Resepi tart gulung ni saya dapat dari seorang kawan yang memang buat bisnes masa raya. Cubalah ya...
gambar hasil dari google aje....hehe
TART GULUNG
Bahan-bahan untuk kulit:
250g/1 buku butter
1 biji kuning telur
3 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan lemak sayur
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam (tak nak letakpun tak apa)
tepung gandum ikut lembut (bila diuli tak melekat dijari)
2 biji kuning telur + 1 sudu makan pati oren (sebagai hiasan)
Cara-cara:
1) Pukul telur dengan butter hingga sebati. (Jangan pukul terlalu kembang).
2) Masukkan lemak sayur, esen vanilla, susu pekat, garam dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan tidak melekat dijari. (Jangan terlalu lembut atau terlalu keras).
4) Masukkan adunan ke dalam acuan tart. Pam acuan tersebut perlahan2 untuk mengelakkan adunan patah.
5) Potong adunan yang telah dipam tadi dan letakkan jem nenas ke dalamnya.
6) Gulung dan sapukan campuran kuning telur dan pati oren di atasnya sebagai hiasan. Bakar dalam oven sehingga masak.
p/s: Jem nenas janganlah terlalu cair.Pastikan jem mudah untuk digentel.
No comments:
Post a Comment