Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, July 14, 2011

Apam Beras versi lama...

Assalamualaikum..

Ni dia resepi asli apam beras yang menggunakan ragi dan eno. Siang tadi buat apam beras versi moden tapi omak tak berkenan pulak. Habis kena bebel dengan dia.. huhuhu.. Terima kasih pada Cik Ina Do Do Cheng yang sudi bagi keyword untuk digugel..


Bahan-bahan :
(A) - Tapai nasi
2 cawan nasi sejuk (nasi baru masak yang disejukkan)
1/2 keping ragi

(B)
3 cawan tepung beras Cap Teratai
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu makan Eno peket biru
3 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna merah, hijau atau kuning

(C)
kelapa parut dan sedikit garam, untuk hiasan

Cara Membuatnya :
1. Untuk membuat tapai nasi, hancurkan ragi hingga jadi serbuk dan taburkan atas nasi. Gaul sebati dengan sudu. Masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan dalam almari. Peramkan 2 malam.

2. Ambil 1 cawan tapai nasi dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama 2 cawan air, garam dan gula.Kisar hingga gula hancur. Tuangkan dalam mangkuk dan ketepikan.

3. Tepung dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk. Tuangkan air tapai yang telah dikisar tadi. Gaul sebati. Kisar semula dengan menambah 1 cawan air lagi.

4. Tuangkan semula ke dalam mangkuk dan peram 5 - 6 jam. Bancuhan ini elok di buat pagi dan kukus pada sebelah petangnya.

5. Taburkan Eno ke dalam adunan yang telah diperam. Gaul sebati. Masukkan pewarna merah jambu atau warna kesukaan anda. Peram lagi 20 minit sebelum dikukus.

6. Sementara itu, didihkan air dalam pengukus.Panaskan acuan mangkuk kecil. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus 15 minit dalam api yang besar.

7. Apabila masak, angkat dan sejukkan. Apam ini akan merekah di permukaannya.Hiaskan dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam.

Nota : Adunan ini boleh mendapat 30 biji kuih apam.

Wednesday, July 13, 2011

Apam Beras

Assalamualaikum...

  • Bahan2:
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah digaul dengan sedikit garam..siap!

Biskut Kuaci

Assalamualaikum...

Mencari resepi biskut kuaci dan terjumpalah resepi tu kat sini... Tenkiu ya.. :)

BAHAN A :
250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon (mat letak esen vanilla)

BAHAN B :
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 g tepung rose (kalau tak de, guna tepung gandum saja)

BAHAN C :
Kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :

1) Pukul bahan A hingga sebati dan rata (jangan pukul hingga kembang, nanti biskut jadi "gedabak"). Masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau macam lembik, biarkan 10 - 15 minit (bila cornflakes kembang, doh jadi OK).

2) Canai doh 1/2 cm tebal, terap guna acuan kegemaran, susun atas dulang pembakar, sapu dengan kuning telur dan hias dengan kuaci labu. Buat hingga siap.

3) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...