Resepi dari Kongsi Resepi Masakan juga... Terima kasih atas perkongsian ini ya... =)
Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
250 gm kacang tanah - kisar halus
125 gm gula - kisar halus
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh essence vanilla
1 botol kecil minyak mazola/secukupnya
Kuning telur
Cara menyediakan:
1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dan kacang kisar.
2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun di dalam loyang yg telah di lengser dengan mentega.
4. Sapukan atasnya dengan kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
No comments:
Post a Comment