Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, May 15, 2011

Puding Bercorak

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak kongsikan resepi yang diambil dari blog ini. Tapi dari segi penyediaan bahan-bahannya, saya ubah sedikit mengikut kesesuaian bahan yang ada di dalam dapur saya. Cara yang saya buat lebih kurang sama je dengan cara daripada resepi asal tu.. Terpulang pada cara masing-masing la ya...


Bahan-bahan:

20 gm agar-agar bertali
1 **gelas gula
5 **gelas air (saya gunakan **gelas seperti dalam gambar)
1 tin susu cair
1/3 daripada sebuku butter - sebuku butter dibahagi 3
4 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
2 sudu makan serbuk koko - dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

1- Pukul telur di dalam loyang. Masukkan tepung jagung dan susu cair. Pukul rata dan ketepikan.

2- Masak agar-agar dengan 5 gelas air. Bila agar-agar sudah larut, masukkan pula gula. Kacau dan tunggu sehingga gula hancur.

3- Masukkan butter. Kacau hingga mendidih.

4- Masukkan adunan telur tadi ke dalam periuk agar-agar dan kacau sehingga mendidih dengan api yang sederhana. Jangan biarkan tanpa dikacau bagi mengelakkan puding berkerak. Bila dah mendidih, terus sahaja tutup api.

5- Bahagikan kepada dua bahagian iaitu satu bahagian asal dan satu lagi dicampur koko.

6- Tuang adunan sesenduk demi sesenduk berselang-seli sehingga habis. Tuang kat bahagian tengah bagi mendapatkan corak.

7- Biarkan sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais dan boleh la dihidangkan.

Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Sedang-sedang saja...

No comments: