Siang tadi mak saya buat masak-masak sikit untuk dihantar ke surau. Kat sini saya nak kongsi resepi kari ikan tenggiri yang dimasak oleh jiran merangkap kawan baik mak saya. Kari makcik ni memang sodappp. Tapi, kari yang dimasak tadi agak banyak iaitu menggunakan dua ekor ikan tenggiri saiz besar. Saya cuma kongsikan bahan-bahan yang saya anggar untuk masak seekor ikan tenggiri je dan cara memasaknya mengikut pemerhatian saya tadi....
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan tenggiri saiz sederhana besar (potong dan bersihkan)
2 senduk serbuk kari ikan Babas (bancuh dengan sedikit sahaja air)
3 biji terung bulat kaler ungu tu (belah empat)
1 sudu makan campuran halba (campuran biji-biji yang kecil macam biji sawi tu)
1 pelepah daun kari
1 biji kelapa (asingkan pati dan cair)
1 inci halia (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
6 ulas bawang merah (dimayang)
2 sudu makan asam jawa (dibancuh dengan santan cair)
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak dalam periuk dengan api yang sederhana.
2) Tumiskan sekaligus campuran halba, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari sehingga naik bau. Kacau jangan sampai hangus.
3) Bila bawang merah sudah agak garing sedikit, masukkan pula bancuhan serbuk kari ikan. Kacau lagi sehingga bau wangi kari tu naik.
4) Masukkan pati santan. Sentiasa kacau kuah sehingga pecah minyak.
5) Masukkan pula bancuhan asam jawa dengan santan cair. Kacau terus supaya tak hangus.
6) Bila kuah sudah mulai mendidih, masukkan terung bulat. Biarkan terung separuh masak barulah dimasukkan ikan tenggiri. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.
7) Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. Bila terung sudah empuk, barulah tutup api dapur tu.
p/s: Sekadar untuk rujukan saya sahaja di kemudian hari. Mana la tau nak cuba buat sendiri nanti... hehe...
2 comments:
salam kak azz~
hehehe... mkan kari bubuh kicap manis... pergh... amat sedap.... :)
LP Lum~> Wassalam Linda... Akak kurang minat lak makan nasi dgn kicap manis ni. Kalau letak dalam masakan, okay la... Selalu makan nasi dengan kicap masin je... ;p
Post a Comment