Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, September 4, 2010

BISKUT DAHLIA

Assalamualaikum...

Ni adalah resepi biskut dahlia. Ada juga orang menggunakan resepi yang sama untuk buat biskut samperit. Terpulanglah pada kesukaan masing-masing ya...

Bahan:

225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepunng gandum
ceri merah/hijau sebagai hiasan

Cara:

1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.

3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.

4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.

5. Letakkan ceri merah di tengah adunan yang dipamkan tadi.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 15 - 18 minit.

7. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.

No comments: