Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, September 5, 2010

TART GULUNG (2)

Assalamualaikum...

Bahan:

60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas:

1 biji nenas
1/2 cawan air
1 cawan gula

** Kisar/blend nenas dan buangkan sedikit airnya (jika nenas tu masam). Masak sampai pekat dan lepas tu barulah dimasukkan gula ke dalam adunan jem tersebut. Masak dengan api yang sederhana supaya jem tidak cepat hangit.

Bahan Glaze/pengilat:

2 biji kuning telur
2 sudu kecil air
pewarna kuning

**Campurkan kesemua bahan dan pukul sebati.

Cara-caranya:

1. Gaulkan butter, majerin dan gula supaya rata.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul hingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayakkan. Gaul sebati adunan.

4. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.

5. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.

6. Letakkan jem nenas diatas adunan yang dipam tadi dan gulungkan.

7. Susunkan kuih yang telah siap digulung dalam loyang pembakar.

8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

9. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam masa lebih kurang 20 minit.

10. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

No comments: