Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, September 1, 2010

KERUTUP AYAM

Assalamualaikum...

Bahan:

1 ekor ayam
80 gm rempah kerutup (dibancuh dgn sedikit air)
santan dari sebiji kelapa
30 gm gula merah
30 gm kerisik
80 ml minyak untuk menumis (1 senduk besar)

Bahan kisar:

100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara:

1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.

2. Masukkan rempah kerutup. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula merah dan santan. Biarkan sehingga mendidih.

4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam menjadi lembut.

5. Pastikan kacau sekali sekala supaya kuah tak hangit.

6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

No comments: