Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, May 19, 2011

Apam Polka Dot

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar/ susu cair (susu sejat)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling strawberi/blueberi/ ikut suka - secukupnya 
Pewarna ikut suka

Cara penyediaan:

1- Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi selama 6 - 8 minit.

2- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut suka.

3- Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan sehingga 1/4 penuh. Picitkan filling secukupnya pada bahagian tengah. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ulang hingga habis.

5- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.



Resepi dari sini:

No comments: