Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, May 10, 2011

Sambal tempoyak petai..

Assalamualaikum...

Lamanya blog dapo ni tak berasap. Nampak sangat malas nak masak... hehe... Tak la, masak tu masak la jugak. Cuma menu tu dah biasa buat dan dah ada kat sini. Tu  yang takde benda nak post tu..

Kali ni nak kongsi resepi sambal tempoyak petai. Pergghhh... Kecur dah ni.. haha.. Resepi ni mak saya yang masak ehh... Saya tukang tempek je... kihkihkih...


Bahan-bahannya:

Petai - anggaran 1 mangkuk
Cili padi - anggaran 8-10 biji (boleh tambah jika suka pedas - ditumbuk)
Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang besar - 2 labu (dipotong membulat)
Ikan bilis - 2-3 genggam
Tempoyak - Ikut suka banyak mana nak guna - anggaran 1 senduk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

1- Panaskan kuali. Bila dah panas, tumiskan cili padi, bawang putih dan bawang merah.

2- Bila dah naik bau, terus je masukkan ikan bilis. Kacau rata sehingga bilis separa garing.

3- Kemudian masukkan pula tempoyak. Kacau sehingga naik bau.

4- Masukkan pula petai. Kacau lagi. Jika agak pekat dan susah nak kacau, boleh masukkan sedikit air.

5- Masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga petai hampir masak barulah dimasukkan hirisan bawang besar.

6- Kacau sehingga ianya benar-benar masak barulah diangkat.

Nota: Cara nak masak tu terpulang kepada gaya masing-masing. Tak semestinya kena ikut step by step. Boleh dipelbagaikan cara tu.

No comments: