Hari tu cuba buat muffin coklat bercoklat chips.. Lepas tu, gunakan resepi yang sama, gantikan serbuk coklat tu dengan serbuk horlicks.. Maka, jadilah resepi ni iaitu muffin horlicks bercoklat chips... hehe...
Bahan-bahannya:
**250 gram tepung gandum
**175 gram gula castor
90 ml minyak masak - saya gunakan 100 ml
250 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
**2 sudu makan serbuk koko van houten atau 3 sudu makan serbuk horlicks (Pilih nak buat yang mana satu..)
**2 sudu teh serbuk baking powder
**1/2 sudu teh soda bikarbonat
100 gram coklat chips - separuh dimasukkan ke dalam adunan dan separuh lagi ditabur sebelum dibakar..
**sedikit garam - anggaran secubit kecil sahaja
Cara-caranya:
~> Oven hendaklah dipanaskan dahulu...
1) Masukkan semua bahan kering ke dalam bekas dan kacau supaya sebati.. Ketepikan dahulu..
2) Di dalam bekas yang lain pula, masukkan telur dan kocak sedikit. Kemudian, masukkan esen vanilla + minyak masak dan kocak lagi. Lepas tu masukkan pula susu cair dan kocak lagi adunan tu. (Kocak macam kita kocak telur untuk goreng dadar..)
3) Kemudian, masukkan bahan kering** tadi perlahan-lahan ke dalam bahan basah. Lakukan teknik kaup-balik dan kacau agar adunan sekata.
4) Akhir sekali, masukkan separuh coklat chips. Kacau rata adunan dan boleh la dimasukkan ke dalam papercupb sebanyak 3/4 bekas sahaja. Kemudian, taburkan sedikit coklat chips di atasnya.
5) Bakar selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak..Cucuk dengan cake tester untuk memastikan samada muffin dah betul-betul masak dengan sempurna..
Inilah rupanya muffin horlicks bercoklat chips..:D
p/s: Selamat mencuba...Saya dapat 15 biji muffin untuk satu adunan..
Resepi asal dari sini.. Terima kasih yaa.. :-)
No comments:
Post a Comment