Assalamualaikum...
Daging masak lada hitam bersama kentang...
Lamanya dapur ni tak berasap.. huhu... Bukannya tak masak langsung, cuma dah agak malas sikit nak masukkan resepi kat sini.. Saya ni baru je selesai masak daging lada hitam dan semestinya ada kentang.. Tak sah kalau takde kentang ni.. ehehh..
1/2 kilo daging - dihiris nipis
4 biji kentang - dipotong ikut suka
3 labu bawang besar - dihiris membulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
2 biji cili merah - ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
1 inci halia - ditumbuk kasar
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 biji limau nipis - ambil air
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam kasar
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Caranya:
1- Panaskan minyak dalam kuali. Bila dah panas, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi kecuali lada hitam.
2- Bila dah naik bau, masukkan hirisan daging tadi. Kacau rata dan masukkan terus garam kasar supaya garam cepat mencair. Biarkan seketika sehingga daging lembut. Api dapur biarlah sederhana sahaja..
3- Kemudian masukkan terus kentang bersama hirisan bawang besar. Kacau sebati.
4- Masukkan sekali sos tiram, kicap manis, perahan limau nipis, lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau lagi dan tunggu sehingga kentang empuk. Jika kentang belum empuk tapi masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kalau suka berkuah, boleh lebihkan air tu.
5- Rasa dahulu masakan sebelum tutup api dapur.
Selamat mencuba.. :-)
No comments:
Post a Comment