Assalamualaikum...
Bingka ubi...
Saya baru je buat bingka ubi ni malam tadi... Pertama kali buat bingka ubi ni rasa cuak jugak tapi redah aje la haiihh.. Kalau tak mencuba, sampai bila-bilapun tak tau hasilnya, ya tak.. hehh..
Bahan-bahan:
4 cawan ubi kayu yang sudah siap dikisar atau diparut - pastikan ubi kayu tidak pahit
1 cawan gula pasir (yang ni manis-manis buah je.. Boleh tambah jika suka manis)
200 ml santan (saya gunakan santan sawit yang dalam peket tu..)
3 biji telur ayam
Secubit garam (atau lebih sikit dari secubit)
Sedikit pewarna kuning (jika suka nak letak)
Sedikit planta
(Sukatan cawan ialah dari cawan arcoroc jenis lutsinar ni.. Abaikan air dalam cawan tu..)
Cara membuatnya:
1) Gaulkan semua bahan hingga sebati. Rasa gulanya.
2) Sapukan loyang pembakar dengan planta dan tuangkan bancuhan tadi ke dalamnya.
3) Letakkan sedikit planta kat bahagian atas adunan.. Letakkan dekat beberapa tempat..
4) Bakar sehingga masak atau dalam anggaran satu jam bergantung pada api yang digunakan..
Nota: Saya bakar atas dapur gas sahaja dengan menggunakan acuan yang ada tutup tu. Sebab tu bahagian atas bingka ubi ni tak garing. Kalau nak garing, boleh la bakar dalam oven..
No comments:
Post a Comment