Assalamualaikum...
Siakap Tiga Rasa...
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap (500gram) - ikan dibiarkan sekor, tak perlu potong
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji buah tomato - dipotong dadu
50 gram nenas - dipotong dadu
3 tangkai cili merah - dihiris halus
2 biji cili padi - dihiris halus
1 tangkai daun sup - dihiris
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
50 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun salad untuk hiasan
Cara:
1) Siang ikan dan bersihkan. Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan. Bila dah sejuk, letakkan ikan ini ke atas pinggan yang telah disusun dengan daun salad diatasnya.
2) Untuk sosnya pula.. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hungga wangi.
3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan pula cili merah, cili padi, nenas, tomato, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati.
5) Kemudian, masukkan air dan biarkan kuah/sos mendidih. Lepas tu, masukkan pula bancuhan tepung jagung, garam dan gula secukupnya.
6) Tuangkan/curahkan sos/kuah ini ke atas ikan tadi. Taburkan dengan hirisan daun sup.
Selamat mencuba.. :)
No comments:
Post a Comment