Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, April 10, 2013

Roti Manis..

Assalamualaikum...

Roti Manis..

Bahan A:
500 gram tepung gandum/tepung roti - (Sediakan extra tepung jika adunan melekat) 
3/4 cawan gula (boleh kurangkan kepada 1/2 cawan..)

Bahan B:
1 cawan air suam 
2 sudu besar susu pekat manis - (Saya gunakan susu brand tea pot)
1 biji telur 
1 paket yis kering (11g)

Bahan C:
1 sudu besar shortening - (Saya gunakan dough softener brand Nur)
2 sudu besar planta/butter

Hiasan:
Sebiji telur untuk disapukan atas doh - pukul sedikit telur tu...( telur + madu + susu segar/cair/pekat)





Cara:

1) Panaskan oven dulu..

2) Masukkan Bahan A ke dalam bekas besar.. Gaul sebati dan buatkan lubang kat tengah-tengah.. Ketepikan..

3) Dalam bekas lain, campurkan semua Bahan B KECUALI YIS. Kacau rata bahan tadi. Lepas tu barulah masukkan yis. Tunggu hingga yis berbuih/bertindak balas.. (Jika yis tak berbuih, bermakna yis tu tak aktif atau dah rosak)

4) Bila yis dah berbuih, curahkan Bahan B tadi kat lubang tepung yang telah dibuat pada bekas yang berisi Bahan A..

5) Gaul dan uli rata adunan..

6) Kemudian, campurkan dengan Bahan C iaitu shortening dan planta. Uli sebati hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan dan elastik.. Jika masih melekat, boleh la ditambahkan dengan sedikit demi sedikit tepung extra tadi dalam anggaran 4-5 sudu makan.. (Jangan banyak sangat takut nanti doh keras)

7) Selepas diadun, tutup bekas doh dengan kain lembab atau wrap dengan plastik. Biarkan doh naik sekali ganda (Biarkan anggaran sejam)

8) Selepas itu, buka penutup doh tadi dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin..

9) Sapukan keliling loyang dengan planta. Kemudian bulat-bulatkan doh tadi kepada saiz yang dikehendaki. Susun doh tadi dalam loyang.. Biarkan lagi doh itu naik dalam sekali ganda iaitu lebih kurang 40 minit hingga sejam.. (Jangan lebih daripada satu jam sebab nanti doh tu rasa lain macam..)

10) Sebelum dibakar, sapukan atas doh dengan bancuhan telur.. (Jangan sapu awal sebab takut nanti permukaan roti tu rosak. Nak masuk dalam oven baru sapu)

11) Bakar doh hingga masak atau hingga bahagian atas doh itu keperangan.. Anggaran dalam 25-30 minit bergantung pada api dan jenis oven yang digunakan.. (Saya guna oven yang ada api bawah sahaja dan saya bakar selama lebih kurang 30-40 minit...)








Nota: Saya ni baru belajar meroti.. Terima kasih pada mereka yang tidak kedekut serta sudi berkongsi resepi kat grup masakan di fb.. Jasa kalian akan tetap dikenang.. Murah rezeki anda.. :-)

2 comments:

Tinta Lana said...

Salam.

Akak..gebunya roti manis ni,hehehe

Saya takda oven la kat umah..microwave pun tade..teringin sgt nak masak biskut2 n roti2 camni..

~ Cik Azz ~ said...

Lana>

Beli la oven satu.. Masak2 ni boleh jadi terapi jugak tau.. hehe..

Beli oven letrik yang kecik je.. Jangan beli microwave sbb microwave ni untuk memanaskan je, bukan untuk memasak..