Assalamualaikum...
Donat kentang yang lembut..
Saya gunakan cawan arcoroc jernih ni untuk menyukat tepung gandum... 2 cawan ni sama dengan 250 gram..
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang
5 cawan tepung gandum* - extrakan sedikit untuk sapuan pada tapak tangan sewaktu menggentel
1 peket yis mauripan - yang 11 gram tu
Secubit garam - masukkan ke dalam bekas tepung gandum*
2 sudu makan gula pasir
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan marjerin/butter - saya gunakan marjerin planta je
1 cawan air suam
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor untuk hiasan/tabur
Cara membuatnya:
1) Masukkan gula, susu pekat manis, yis dan air suam ke dalam bekas. Kacau rata dan tutup bekas dengan tudung periuk atau apa sahaja penutup. Ketepikan seketika hingga yis kembang/naik/berbuih.
2) Sementara tu, kupas kentang, bersihkan, potong kecil-kecil dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, buangkan air rebusan tadi dan lecek kentang hingga lumat.
3) Kemudian, masukkan kentang lenyek tadi ke dalam bekas yang berisi campuran tepung gandum + garam. Gaul sebati..
4) Lepas tu, curahkan campuran yis yang sudah kembang tadi ke dalam adunan. Uli hingga rata.
5) Kemudian, masukkan marjerin dan uli doh hingga sebati dan tidak melekat di jari. Jika melekat, boleh la ditambah sedikit lagi tepung gandum.. (anggaran dalam satu sudu makan je..)
6) Selepas itu boleh la mula menggentel.. Buat bulat-bulat kecil dan penuhkan satu loyang dahulu.. Kemudian tepek dan buat lubang di tengah.. Buat sampai habis..
7) Perap doh dalam masa 10 minit atau hingga doh kembang sikit.. Jangan perap lama sangat sebab nanti doh tak boleh dipegang..
8) Akhir sekali boleh la digoreng dengan minyak yang banyak dan panas dengan api yang sederhana hingga masak. Bila dah agak suam, boleh la digaulkan dengan gula halus dan sedia untuk dihidang..
Nota: Adunan donat kentang saya ni lembut sangat dan kembang hingga susah nak angkat untuk digoreng. Dia melekat dan bentuk donat tu terus jadi tak elok dan ada yang kena buat balik semula. Mungkin terlebih perap agaknya..Tapi struktur donat ni sangat lembut dan gebu.. :)
No comments:
Post a Comment