Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, October 24, 2013

Sardin roll goreng..

Assalamualaikum...

Sardin roll goreng..


Dah lama blog dapur ni tak berasap.. hehe.. So, petang tadi masuk dapur dan mulakan misi membuat sardin roll.. Jika diikutkan, sardin roll ni kena bakar dalam oven, tapi saya malas nak guna oven letrik tu.. Tu yang goreng je..


Bahan-bahan untuk inti:

1 tin besar sardin
2 labu bawang besar
2 biji kentang
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
4 biji cili merah
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam atau secukup rasa



Cara buat inti:

1) Ambil isi sardin sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, lenyek sardin tadi dengan garfu hingga hancur.

2) Cincang halus bawang besar, bawang putih dan cili merah. Masukkan ke dalam bekas berisi sardin tadi.

3) Potong dadu kentang kecil-kecil. Masukkan juga ke dalam bekas sardin.

4) Belah limau kasturi dan perahkan ke dalam bekas sardin.

5) Masukkan juga sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.

6) Akhir sekali, boleh la letakkan inti ke dalam kulit sardin roll tadi.




Bahan-bahan untuk kulit:

1 kilo tepung gandum
1 cawan minyak masak
75 gram butter
1 1/2 cawan air -anggaran sahaja..
Sedikit garam




Cara buat kulit:

1) Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.

2) Panaskan minyak masak dan butter.. Bila dah cair, terus je tuangkan ke dalam campuran tepung tadi.

3) Jangan terus adun guna tangan.. Biarkan suam dan lepas tu boleh la diadun sehingga menjadi seperti serbuk roti. Adun sekata.

4) Lepas tu barulah dimasukkan air sedikit demi sedikit. Air jangan terus curah semua sebab takut nanti adunan terlalu lembik..

5) Bila adunan tidak melekat di jari, boleh la terus dicanai dan diletakkan inti..

6) Lekatkan kulit dengan gam iaitu bancuhan tepung gandum + air. Kemudian, tekan dengan hujung garfu.

7) Goreng sardin roll dengan minyak yang banyak dan panas. Tapi api jangan terlalu kuat.. Guna api yang sederhana sahaja.





Nota: Inti sardin roll ni tidak dimasak macam inti karipap.. Sebab tu kena potong kentang tu kecil-kecil supaya cepat masak masa menggoreng nanti.. Manakala doh tadi kena simpan/letak dalam bekas yang bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.. Jangan dibiarkan terdedah kepada angin..


p/s: Selamat mencuba... Ni resepi dari orang yang tak berapa pandai memasak.. hehh.. Jika nak tengok gambar bahan-bahan yang lain, boleh la jenguk kat sini.. Terima kasih.. :)

No comments: