Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, December 18, 2013

Buat roti lagi..., dan lagi..., hehh...

Assalamualaikum...

Buat roti lagi..., dan lagi..., hehh...


Kali ni buat pertama kalinya, saya masukkan water roux dalam adunan roti ni.. Kawan-kawan kat kelab roti tu rata-rata cakap jika guna water roux ni, roti akan jadi gebu dan lembut, selembut kapas gitu.. Jadinya, untuk pertama kali, saya buat water roux mengikut cara yang dorang bagitau..


Water Roux
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 250 ml air


Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan tepung gandum.. Kacau sebati dulu.. Lepas tu barulah letak periuk atas dapur.. Masak dengan api yang sederhana sambil teruskan mengacau dengan menggunakan whisk.. Masak hingga pekat dan berkilat... Saya masak hingga keluar buih-buih yang bunyi blupp blupp tu..


Lepas tu, masukkan water roux tadi ke dalam bekas.. Tunggu sejuk dan boleh la ditutup dan disimpan di dalam peti sejuk.. Boleh guna untuk dua tiga kali meroti.. Water roux ni tahan untuk 3 hari.. Kata mereka la..


Bahan A:

1 sudu makan susu pekat manis
200 ml air dari peti sejuk
2 biji telur

* Masukkan telur ke dalam mangkuk.. Pukul  sedikit telur tu. Kemudian masukkan pula susu dan air sejuk. Kacau sebati dan ketepikan seketika..


Bahan B:
500 gram tepung gandum biasa - Stenbai sedikit tepung lagi jika adunan doh melekat atau melekit.. 
1/2 cawan gula pasir
1/2 peket yis - saya guna mauripan @ 1 1/2 sudu makan
1/2 cawan badam cincang - tak letakpun takpe.. saya saje je letak..
1 sudu makan shortening
1 sudu makan marjerin planta
1 sudu kecil dough softener
2 sudu makan water roux

*Masukkan semua bahan dalam loyang. Gaul sebati hingga jadi seperti serbuk roti.. Kemudian masukkan bahan A tadi.. Uli sebati hingga menjadi doh. Jika doh melekat di jari, boleh tambah sedikit demi sedikit tepung sambil teruskan menguli.. Uli hingga doh menjadi lembut dan elastik.. 


Jika guna mixer, uli dalam setengah jam, keluarkan doh dan sambung uli dengan tangan.. Kemudian, terus je bentukkan doh tadi mengikut kesukaan masing-masing.. Sebaiknya timbang setiap doh bagi mendapatkan bentuk roti yang sekata..


Perapkan doh hingga naik dua kali ganda dari doh yang mula-mula letak dalam loyang.. Saya perap doh dalam oven dan tutup oven tu selama lebih kurang sejam.. Api jangan bukak ya.. hehe..


Bila nak masukkan dalam oven, barulah sapukan samada dengan marjerin ataupun susu cair dan sebagainya..


Lepas tu, boleh la tabur dengan apa yang disukai..


Sebelum membakar roti, panaskan dulu oven selama lebih kurang 10 minit.. Lepas tu barulah bakar roti dengan api atas dan bawah, suhu 170C selama lebih kurang 15-20 minit..







p/s: Selamat mencuba untuk yang nak mencuba la, kan.. hehh..

No comments: