Assalamualaikum...
Kek minyak..
Resepi kek minyak ni saya ambil dari fesbuk.. Ramai yang kongsikan resepi ni.. Bahan-bahan dia mudah dapat.. Nak buatpun senang je..
Bahan-bahannya:
*Gunakan cawan yang sama semasa menyukat..
2 cawan tepung gandum (250 gram)
5 biji telur - Gred A
5 biji telur - Gred A
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis - saya guna krimer pekat F&N
1/2 cawan gula castor - saya guna gula pasir kasar dan kurangkan satu sudu makan sukatannya
1 sudu makan baking powder -ayak
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan esen vanilla
Beberapa pewarna pilihan - saya guna warna hijau, merah dan warna asal
Cara membuatnya:
*Sebelum tu, griskan loyang dan panaskan oven selama 10 minit..
1) Masukkan telur, ovelette dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga gebu..
2) Kemudian, masukkan pula bahan-bahan lain KECUALI tepung. Pukul lagi..
3) Lepas tu, barulah dimasukkan tepung gandum dan pukul rata..
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan..
5) Masukkan adunan secara berselang-seli atau ikut cara masing-masing..
6) Bakar pada suhu 150C selama 45 minit atau sehingga masak.. (Tempoh pembakaran bergantung pada jenis oven yang digunakan.. Ikut resepi asal, di bakar dengan suhu 180C)
p/s: Sekali lagi terima kasih pada mereka yang berkongsi resepi kek minyak ni kat fesbuk.. Gebu dan lembut je kek ni.. Manis dia pun okay je iaitu tidak terlampau manis..
3 comments:
Sama spt resipi saya. Berkali2 buat rasa tetap sama. Sedap sgt. Favorite anak saya tu.
Telur brp biji?
rozz thespaz..
Memang sedap.. Tapi kadang2 saya buat tak menjadi jugak.. Ada masa jadi, ada masa tak jadi.. Tak tau la kenapa..
Ziehar Yacob..
Alahai, maaf la tak perasan pulak takde telur kat resepi tu.. Saya dah edit balik dah.. Telur gred A 5 biji..
Terima kasih ya bertanya.. Kalau tak, sampai bila2 saya tak perasan..
Post a Comment