Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Friday, January 29, 2010

ROTI, PIZZA, ROTI NAN dll

Assalamualaikum....

Ini merupakan resepi asas untuk roti, kulit pizza, roti nan, roti pintal dan yang seangkatan dengannya. Resepi ni saya dapat sewaktu menghadiri satu "demo" dulu... hehehe...

Boleh la... :)

ROTI, PIZZA, ROTI NAN, ROTI PINTAL dan lain-lain

Bahan-bahan A:


250ml air suam
6 sudu makan susu tepung (boleh juga digantikan dengan 3 sudu makan susu pekat manis)
1 sudu makan yis segera (1 paket mauripan)
1 sudu kecil gula pasir

Bahan-bahan B:


600-650 gram tepung roti - saya guna tepung gandum je.. ( sukatan asal 500 gram tapi lembik sangat, tak boleh nak uli. So, saya ejas sikit demi sikit..)
6 sudu makan gula aising
1 sudu makan pelembut roti (botex) - saya guna ovalette - botex takde..
2 sudu makan planta/butter/seasoning - saya guna butter
2 biji telur (dipukul dahulu)

Cara-cara:

1) Campurkan kesemua bahan2 A. Bancuh sehingga rata dan ketepikan seketika sehingga yis sedikit kembang.

2) Di dalam bekas yang lain, campurkan kesemua bahan-bahan B dan adun sebati.

3) Kemudian, masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Gaul dan uli sehingga benar-benar sebati.

4) Selepas itu, barulah dijadikan kulit pizza ataupun roti mengikut bentuk yang disukai.



5) Bakar dengan suhu 150-180 darjah atau sehingga masak..

Tuesday, January 26, 2010

TEMPE GORENG BERKENTANG

Assalamualaikum....

Resepi yang paling ringkas dan mudah untuk siapa2 yang takde masa nak memasak.

TEMPE GORENG + KENTANG

Bahan-bahannya:

2 bungkus tempe (yang dalam plastik tu-dihiris nipis)
2 biji kentang (dihiris memanjang seperti kentang KFC tu laa)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 biji cili merah (ditumbuk)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (dihiris membulat)
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara-cara:

1) Goreng tempe sehingga agak garing dan angkat. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan dahulu.

2) Goreng pula kentang sehingga empuk. Angkat dan ketepikan juga.

3) Selepas itu, barulah tumis bahan2 yang ditumbuk tadi. Kacau sehingga naik bau.

4) Masukkan hirisan bawang besar.

5) Masukkan juga tempe dan kentang tadi. Kacau rata. Kemudan, masukkan pula ikan bilis. Kacau juga.

6) Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa.

7) Kacau sehingga sebati dan angkat.

p/s: Dah siap... Senang je kan.... hehehe...

Sunday, January 24, 2010

KEK KUKUS

Assalamualaikum....

Resepi dari anak Chef Liza yang diambil dari satu program masakan di TV1.

KEK KUKUS @ KEK BUAH

Bahan-bahannya:

1 buku butter (250g)
75g gula perang
100g prun cincang
350g tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
3 biji telur ayam (gred B)
350g buah-buahan campuran
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu makan gula perang
150g gula pasir (jadikan gula hangus)

Cara-cara:

A:

1) Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate + serbuk kayu manis di dalam bekas. Ketepikan seketika.


2) Sementara itu, di dalam bekas yang lain pula, kisar butter perlahan-lahan bersama dengan 75g gula perang.

3) Kemudian barulah dimasukkan bahan tepung tadi dan kisar cermat.

B:
Di dalam bekas yang lain, gaulkan prun cincang, buah-buahan campuran bersama dengan 1/2 sudu makan gula perang.


4) Kemudian masukkan bahan (B) ke dalam bahan (A) dan kisar bersama perlahan-lahan.

5) Masukkan pula telur satu persatu. Kisar lagi. Masukkan esen vanilla. Kisar lagi.

6) Kemudian, barulah di curahkan gula hagus yang masih panas ke dalam adunan dan kacau sebati. (Tips: Gula hangus dimasak TANPA air sehingga ianya berwarna keperangan dengan api yang perlahan).

7) Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digriskan dahulu. Bungkus loyang dengan kertas timah dan ikat kemas-kemas.

8) Selepas itu, barulah kek dikukus selama lebih kurang 4 jam dengan api yang sederhana besar.