Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, April 29, 2010

UDANG MASAM MANIS

Assalamualaikum...

Resepi dari saya sendiri. Sekadar suka-suka je ni. Apa yang penting ianya menjadi. Siapa nak cuba, dipersilakan la ya... hehe...



UDANG MASAM MANIS

Bahan-bahannya:

1/2 kg udang harimau
2 ulas bawang putih (dikisar)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas cili merah (dihiris)
8 biji cili padi (dikisar)
2 labu bawang besar (dihiris)
1 batang lobak merah (jika suka dan dihiris memanjang)
1 biji limau nipis
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1) Bersihkan udang harimau. Tos dan ketepikan dahulu.

2) Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

3) Bila sudah naik bau, masukkan udang harimau. Kacau rata.

4) Kemudian masukkan pula hirisan lobak merah, bawang besar dan cili besar. Kacau lagi.

5) Lepas tu masukkan pula kicap manis, sos tiram dan sedikit garam. Kacau dan rasa.

6) Akhir sekali perahkan limau nipis dan kacau sebati. Biarkan seketika dan matikan api dapur.

Tuesday, April 20, 2010

PUDING CARAMEL


Assalamualaikum...

Resepi ini juga saya copy paste dari facebook Kongsi Resepi. Terima kasih atas perkongsian resepi ni yaa...

PUDING CARAMEL

Langkah 1 - Mula2 cairkan 1 cawan gula kastor di atas api yg perlahan sehingga keperangan. Bila sudah cair, tuangkan di dalam loyang & biarkan ia sejuk sebentar..

Langkah 2 - Pukul 8 biji telur, 1 cawan gula kastor, 1 tin susu ideal, 1 tin air (pakai tin susu ideal), 2 sudu teh esen vanilla. Pukul hingga rata & tuangkan ke atas gula cair tadi..

Langkah 3 - Kukuskan selama 30 minit..

Langkah 4 - Setelah masak, biarkan ia sejuk. Apabila nak dihidangkan, terbalikkan loyang di atas bekas/pinggan..

Saturday, April 17, 2010

AGAR-AGAR SANTAN

Assalamualaikum.....

Ni adalah resepi agar-agar santan yang saya cipta sendiri. Dan hasilnya amatlah memuaskan hati emak tersayang... hehehe... Sukatan kenalah ikut betul2 ya jika mahukan keanjalan dan kekerasan yang mantap...








AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahannya:

37.5g agar-agar (1 peket)
5 cawan air
6 cawan santan (tidak terlalu pekat atau cair)
1 1/2 cawan gula pasir
1 penutup esen perisa pandan (jika tiada daun pandan)
1 penutup esen pewarna hijau

Cara-caranya:

1) Bersihkan dahulu agar-agar. Potong agar-agar bagi mempercepatkan proses penghancuran.

2) Masukkan agar-agar tadi ke dalam periuk bersama dengan 5 cawan air dan gula.

3) Masak dahulu agar-agar dengan api yang sederhana sehingga ianya hancur. Kacau selalu.

4) Bila agar-agar sudah mulai hancur, barulah dimasukkan santan, pewarna hijau dan esen pandan.

5) Kacau sehingga agar-agar mendidih. Biarkan didihan itu selama lebih kurang 8-10 minit sambil terus mengacau.

6) Tuangkan dalam loyang. Biarkan agar-agar tadi sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Selamat mencuba dan semoga berjaya... Cawan yang digunakan adalah cawan arcopal... Sukatan air dan santan tu ikut suka masing2... Yang penting semua sekali mestilah 11 cawan both air dan santan tu..