Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Tuesday, August 31, 2010

BUTTER COOKIES

Assalamualaikum...

Cuba la buat biskut ni ehh... ;p

Bahan:

135 gm butter
60 gm gula kastor
150gm tepung gandum (diayak)
30 gm tepung jagung (diayak)

Cara:

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit.

3. Masukkan adunan dalam piping bag roseete ataupun pam daisy/bunga cina dan pamkan dalam dulang pembakar atau paper cup.

4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit.

5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.

Monday, August 30, 2010

BISKUT COKLAT CHIPS (1)


Bahan A:

250 g butter (1 buku)
1 sudu besar shortening/lemak sayur
160 g gula castor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B: (gaul rata)

230 g tepung gandum (diayak bersama serbuk koko van houtten)
20 g serbuk koko van houtten
100 g coklat chips
50 g badam cincang
50 g nestum (jika suka)

Cara:

1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan menggunakan senduk kayu.

4. Bulatkan adunan kecil-kecil (sebesar guli) dan susun di dalam loyang pembakar. Kemudian tekan sedikit dengan menggunakan garfu.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu dengan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.

6. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

Nota: Siapa nak cuba tu, buat la dulu ya... hehehe...

Tuesday, August 17, 2010

AYAM PERCIK

Assalamualaikum...

Resepi ni saya ambil dari blog jomsantaisekejap.blogspot.com. Saya dahpun minta izin dari tuan punya blog ni untuk kongsikan resepi ni... Terima kasih ya...

Bahan-Bahan:


1 ekor ayam (dipotong lapan)

2 inci halia (dikisar)

3 batang serai (dikisar atau titik)

3 labu bawang besar (dikisar)

2 helai daun kunyit

1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk)

Sedikit garam dan gula

12 biji buah keras (dikisar)

6 ulas bawang putih (dikisar)

1 inci kunyit hidup (dikisar)

6 helai daun limau purut (dicarik/koyakkan)


Cara:


1) Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah dikisar lumat.


2) Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan diramas kemudian masukkan ke dalam periuk ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau.


3) Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.


4) Setelah mendidih, angkat periuk dan sendukkan kuah yang jernih di bahagian atas dan ketepikan.


5) Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di bahagian bawah dan pangganglah ayam tadi sambil disapu kuah yang jernih pada ayam.


6) Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi.


7) Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Sedap dimakan ketika masih panas.


Nota: Ada beberapa tempat yang saya ubah mengikut kesesuaian. Contohnya ukuran sm tu saya jadikan inci. Senang sikit nak mengagak....