Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, October 30, 2013

Ayam goreng serai wangi...

Assalamualaikum...

Ayam goreng serai wangi...


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar - dihiris
5 biji kentang saiz kecil
4 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 helai daun limau purut 
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada hitam
Sedikit kunyit serbuk
Garam secukup rasa
2 sudu makan kicap manis cap Kipas Udang - jika suka
Minyak




Cara memasak:

1) Ayam dipotong ikut suka.. Bersihkan dan gaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Goreng hingga masak.. Angkat, tos dan ketepikan seketika.. *Goreng jangan terlalu garing..

2) Kentang dipotong seperti potongan wedges. Goreng hingga empuk dan toskan. Ketepikan juga..

3) Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, halia, serai dan cili merah. Kemudian tumiskan semua bahan bersama dengan daun limau purut yang disiat-siat. Tunggu hingga naik bau.. Kemudian, masukkan pula sos tiram dan sedikit garam..

4) Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebati.

5) Masukkan pula ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Tambahkan sedikit kicap manis jika suka..

6) Perasakan dahlulu.. Jika semua dah okay, boleh la dimatikan api dapur..


Gambar selebihnya ada kat sini.. 


p/s: Selamat mencuba... Sempoi punya resepi.. hehe..

Thursday, October 24, 2013

Sardin roll goreng..

Assalamualaikum...

Sardin roll goreng..


Dah lama blog dapur ni tak berasap.. hehe.. So, petang tadi masuk dapur dan mulakan misi membuat sardin roll.. Jika diikutkan, sardin roll ni kena bakar dalam oven, tapi saya malas nak guna oven letrik tu.. Tu yang goreng je..


Bahan-bahan untuk inti:

1 tin besar sardin
2 labu bawang besar
2 biji kentang
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
4 biji cili merah
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam atau secukup rasa



Cara buat inti:

1) Ambil isi sardin sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, lenyek sardin tadi dengan garfu hingga hancur.

2) Cincang halus bawang besar, bawang putih dan cili merah. Masukkan ke dalam bekas berisi sardin tadi.

3) Potong dadu kentang kecil-kecil. Masukkan juga ke dalam bekas sardin.

4) Belah limau kasturi dan perahkan ke dalam bekas sardin.

5) Masukkan juga sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.

6) Akhir sekali, boleh la letakkan inti ke dalam kulit sardin roll tadi.




Bahan-bahan untuk kulit:

1 kilo tepung gandum
1 cawan minyak masak
75 gram butter
1 1/2 cawan air -anggaran sahaja..
Sedikit garam




Cara buat kulit:

1) Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.

2) Panaskan minyak masak dan butter.. Bila dah cair, terus je tuangkan ke dalam campuran tepung tadi.

3) Jangan terus adun guna tangan.. Biarkan suam dan lepas tu boleh la diadun sehingga menjadi seperti serbuk roti. Adun sekata.

4) Lepas tu barulah dimasukkan air sedikit demi sedikit. Air jangan terus curah semua sebab takut nanti adunan terlalu lembik..

5) Bila adunan tidak melekat di jari, boleh la terus dicanai dan diletakkan inti..

6) Lekatkan kulit dengan gam iaitu bancuhan tepung gandum + air. Kemudian, tekan dengan hujung garfu.

7) Goreng sardin roll dengan minyak yang banyak dan panas. Tapi api jangan terlalu kuat.. Guna api yang sederhana sahaja.





Nota: Inti sardin roll ni tidak dimasak macam inti karipap.. Sebab tu kena potong kentang tu kecil-kecil supaya cepat masak masa menggoreng nanti.. Manakala doh tadi kena simpan/letak dalam bekas yang bertutup untuk mengekalkan kelembutannya.. Jangan dibiarkan terdedah kepada angin..


p/s: Selamat mencuba... Ni resepi dari orang yang tak berapa pandai memasak.. hehh.. Jika nak tengok gambar bahan-bahan yang lain, boleh la jenguk kat sini.. Terima kasih.. :)

Wednesday, October 2, 2013

Cucur manis buatan sendiri.. :)

Assalamualaikum...

Cucur manis buatan sendiri.. :)


Resepi cucur manis ni saya dapat dari seorang kawan fb kat grup masakan yang saya join.. Terima kasih Maiza atas perkongsian resepi ini.. Tapi cara nak buat ni saya ikut je cara saya...


Yang kecil tu sukatan untuk 1/3 cawan dan yang besar tu sukatan untuk 1 cawan.


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1/3 cawan + 1/3 cawan gula pasir - buat dua bahagian
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan air - guna cawan yang sama masa menyukat tepung..


Bancuhan akan jadi macam ni.. Dia likat sedikit...


Cara membuatnya:

1) Masukkan tepung gandum + 1/3 cawan gula dan baking powder ke dalam bekas.. Kacau biar rata..

2) Masukkan 3/4 cawan air dahulu dan kacau sebati adunan..

3) Masukkan telur dan kacau lagi..

4) Masukkan pula lagi 1/3 gula.. Kacau lagi..

5) Akhir sekali masukkan lebihan air tadi dan kacau biar adunan sekata...

6) Goreng dengan api yang sederhana hingga masak..





Nota: Ada kawan bagitau, kalau nak dapatkan cucur manis yang cantik dan lembut, kena bancuh dengan air panas dan gunakan scoop tembikai masa nak masukkan adunan dalam kuali..


p/s: Rupa cucur manis ni tak cantik sebab saya tak pandai nak 'mencekut' dengan jari.. Saya just guna sudu je.. Tapi rasanya memang sedap... Kalah cucur manis adabi tu.. Ooppsss...!!!