Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Sunday, January 10, 2010

BUBUR ASYURA

Assalamualaikum....

Ini adalah resepi dari jiran Penang saya. Sukatan untuk bubur asyura ini adalah untuk 1 kawah. Jika ada yang nak mencuba, bolehlah ejas sukatan tu mengikut kadar yang dikehendaki.

BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:

4 kilo gula pasir (1 kilo)
8 ketul gula kabung (2 ketul)
6 kampit tepung beras-dibancuh dahulu dengan santan cair (1 1/2 kampit)
5 tin jagung dalam tin (1 tin)
1 kilo kacang hijau (direbus sampai kembang dahulu)-(1 cawan)
1/2 kilo kacang merah (direbus sampai kembang dahulu)-(1/4 cawan)
2 kilo ubi keledek (dipotong dadu + rebus empuk)-(1 ketul)
2 sisir pisang (jika suka-hiris2)-(3 biji)
1 kilo kacang tanah (digoreng dahulu tanpa minyak+buang kulit)-(1 cawan)
18 biji kelapa (jadikan santan pekat)-(4 biji)
1/2 kampit tepung jagung (3/4 cawan)
1 biji labu (potong dadu + rebus empuk-jika suka)-(1/4 biji)

Nota: Gula ikut manis yang dikendaki. Kenalah pandai main agak2 ya...

Cara-cara:

1) Masukkan santan cair dalam besen/bekas. Kemudian masukkan pula tepung beras. Kacau/ramas2 biar sebati (Santan yang pekat curahkan dahulu ke dalam kawah).

2) Kemudian, masukkan (1) ke dalam kawah. Masak dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau untuk mengelakkan ianya dari bergentel.

3) Bila bubur mulai memekat, barulah dimasukkan gula pasir, gula kabung dan bahan2 yang lain.

4) Teruskan mengacau dengan perlahan dan berhati2 supaya bubur tidak berkerak.

5) Pastikan segala jenis buah benar2 empuk sebelum menutup api dapur.

p/s: Sukatan di dalam kurungan adalah anggaran saya sahaja untuk kuantiti bubur yang sedikit.

No comments: