Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, January 13, 2010

KEK GULA HANGUS (1)

Assalamualaikum....

Resepi kek ni ada macam2 cara. Ni salah satu daripadanya. Resepi ni dari kakak saya juga.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum (ayak bersama dengan soda bikarbonat)
1 cawan gula pasir
3/4 cawan susu pekat manis
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur ayam
2 sudu makan butter/planta
1 cawan air panas

Cara-cara:

1) Mula2 buat gula hangus dahulu. Masukkan gula dalam kuali. Masak sehingga gula keperangan di atas api yang sederhana besar.

2) Bila keseluruhan gula sudah hampir hangus/perang, masukkan air panas dan kacau perlahan2.

3) Kemudian masukkan pula butter/planta dan kacau agar sebati.

4) Tutup api dapur dan biarkan gula itu sejuk seketika.

5) Sementara itu, pukul telur bersama susu pekat manis sehingga kembang.

6) Kemudian, curahkan air gula tadi ke dalamnya. Kacau sebati.

7) Akhir sekali barulah dimasukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama soda bikarbonat. Kacau perlahan2 agar tidak bergentel.

8) Bakar di dalam loyang khas (yang berlubang di tengah2) di atas api yang kecil sehingga kek benar2 masak. Jangan lupa griskan dahulu loyang tu untuk mengelakkan kek melekat.

No comments: