Kali ni resepi yang paling mudah dan ringkas untuk membuat kuah lontong. Nasi impit guna je ketupat segera tu... Jimat masa dan tenaga... hehe...
KUAH LONTONG
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa (ambil santan-jangan terlalu pekat/cair)
1 genggam ikan bilis
1 mangkuk udang harimau/biasa
4 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji lobak merah (dihiris memanjang)
4 biji ubi kentang ( dipotong dadu/sederhana besar)
4 keping tauhu kering/fucuk (dipatah2kan sahaja dan tak perlu direndam terlebih dahulu)
1 cekak so'on
6/8 biji cili merah (dihiris)
5/6 helai daun kobis
2 keping tempe (dalam plastik + dihiris)
garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-caranya:
1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali daun kobis.
2) Masukkan santan, kunyit dan garam.
3) Masak sehingga kuah mendidih dan bahan2 berubi empuk.
4) Akhir sekali barulah dimasukkan daun kobis. Tunggu sehingga daun layu dan terus tutup api.
Selamat mencuba....
p/s: Kalau tak cukup bahan pun takpe, masih boleh buat kuah lontong ni. Cukuplah sekadar ada sedikit sayur dan boleh gantikan udang harimau dengan udang kering. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... Ceeewaaahh...!
3 comments:
tak do nak tambah..tapi..video tu..buek air liur meleleh..kok baco resepi yo tak po..
laa..tak susah pun bahan2nya ek... tp malas gak nk buat.byk sgt bahan..muahaha
ehh..lupa lak.. terima kasih kaka azz.. nnt sy da ada family besar, sy try masak yer..hikkk
Post a Comment