Assalamualaikum....
Mangga masih ada lagi buahnya. Hari tu dah buat kerabu. Jemu pulak rasanya asyik makan kerabu je. Sekarang ni giliran mak saya pulak buat jeruk. Hari tu dia dah buat dah... tapi dah selesai... hehehe... Sekarang dia buat lagi sebab mak saya sangat rajin... haha... Jeruk mak saya ni mudah je...
Mula-mula mangga di belah dua. Lepas tu dibersihkan. Lepas tu masukkan garam dan curahkan air masak sejuk. Biarkan mangga tu tenggelam dalam dua hari. Kacau-kacau la biar garam sebati. Lepas dua hari tu, buang air garam tadi dan masukkan pula air gula ataupun kalau malas, taburkan je gula kat dalam bekas jeruk tu. Biarkan bekas jeruk tu tertutup sampai la warna mangga tu berubah kekuningan. Jangan lupa kacau untuk meratakan gula. Kalau kurang manis, boleh tambah gula lagi... Senang je kan... =D
2 comments:
Alahai...sedapnya...meleleh air liur tengok jeruk mangga tu!
Hayat~> hahaha... kalau org suka jeruk mmg la kecur... Tp sy skang dh kurang gemar dgn jeruk2 ni... Takut kalau gastrik menyerang balik semula..
Post a Comment