Assalamualaikum...
Buah mangga kat depan rumah tengah berbuah dengan lebatnya. Itupun banyak yang dah keguguran dek cuaca yang tak menentu. Kalau nak tunggu masak betul-betul, memang lambat la nak merasa... Apa kata kalau kita buat kerabu..??
Bahan-bahannya:
10 -12 biji mangga telur yang muda
2 labu bawang besar
7 urat kacang panjang
2 kuntum bunga kantan
6 biji cili merah
8 biji cili padi
~> Kesemua bahan dicincang halus atau dihiris halus.
Bahan Rencah:
1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk - tidak terlalu halus atau terlalu kasar)
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan sos ikan
10 biji limau kasturi (ambil jusnya - Boleh juga gantikan dengan 2/3 biji limau nipis atau air asam jawa)
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
~> Gaul rata kesemua bahan kecuali kacang tanah tumbuk. Bila sudah sebati, barulah dimasukkan kacang tanah tadi. Rasa garamnya dan kemudian bolehlah dihidangkan.
Nota: Sukatan bahan adalah bergantung pada selera masing-masing.. Tidak perlu terlalu mengikut resepi... :P
No comments:
Post a Comment