Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Saturday, October 16, 2010

PUDING JAGUNG MY HEART

Assalamualaikum...

Cuba la buat puding jagung ni yaa... Saya dah buat dah tadi, dan hasilnya memang sedap la... hehehe... Sukatan adalah mengikut cawan di dalam gambar...




Bahan-bahannya:

37.5g agar-agar dibahagi 2 (gunakan separuh agar-agar sahaja seperti dalam gambar di atas)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
2 biji kuning telur (dipukul sedikit)
1 penutup botol esen vanilla
1 tin jagung (yang berkrimer pun boleh


Cara-caranya:

1) Masukkan tepung kastard ke dalam bekas. Kemudian masukkan pula susu cair. Kacau sebati.

2) Selepas itu, masukkan pula kuning telur yang telah dipukul tadi. Kacau rata-rata supaya tidak bergentel. Gunakan garfu untuk memecahkan gentelan..

3) Selepas itu masukkan pula esen vanilla. Kacau lagi dan ketepikan seketika.

4) Masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama dengan 4 cawan air dan masak sehingga larut.

5) Bila dah larut, masukkan gula pasir. Kacau sebati dan tunggu hingga gula mencair.

6) Selepas itu, tapiskan agar-agar tadi ke dalam periuk yang lain pula. Kemudian curahkan bancuhan yang mula-mula tadi ke dalamnya dan masak dengan api yang sederhana.

7) Masukkan jagung. Kacau selalu untuk mengelakkan puding berkerak.

8) Bila sudah agak pekat, boleh la dicurahkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam peti ais.

Selamat mencuba... Dan inilah hasilnya... =)



5 comments:

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

pergh... terliur sy... mau buat nnti... :)

~Kak AZZ~ said...

Wassalam Linda...

Hehehehe... sila2 buat... senang je ni... =)

Kalau rajin, curah sikit susu cair atau krimer jagung kat tepi pinggan tu.. ;p

hayat said...

Nampak sedap dan memang sedap!!! sebab sy suka makan hehehe!

~Kak AZZ~ said...

Hayat~> Hehehe... Kalau suka makan, kena la cuba buat puding ni ehh... Mmg sedap, tak keras sgt dan tak lembik sgt... sedang2 je..

wan suzilawati said...

nmpak mcm sdp. nti nk cuba lah rspi kak ni.tq