Bahan-bahan: 20g agar-agar 7 gelas air 1 tin susu cair 1 tin laici - dipotong kecil-kecil atau disiat-siat 1 1/2 cawan gula pasir - ikut citarasa masing-masing Cara: 1) Rendam agar-agar semalaman - untuk jimatkan masa dan gas. 2) Kemudian, rebus agar-agar tu bersama dengan 7 gelas air sehingga agar-agar larut. 3) Lepas tu, masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula cair. Rasa kemanisannya. Jika kurang manis, boleh la tambah sedikit lagi gula. 4) Kemudian tapiskan untuk menampakkan puding lebih halus. Kalau tak tapispun takpe. Terpulang pada selera masing-masing. 5) Kemudian, masak sehingga mendidih. Lepas tu terus je masukkan susu cair, laici dan air laici tadi. Kacau lagi dan tunggu hingga mendidih. Tutup api. 6) Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang dikehendaki. Biarkan sejuk seketika dan barulah di masukkan ke dalam peti sejuk untuk mendapatkan lebih keanjalan. Nota: Jika suka, boleh juga diletakkan beberapa buah laici di atasnya sebagai hiasan. Selamat mencuba... **Resepi ni saya edit sedikit dari segi susunan ayat-ayatnya. Sumber asal boleh didapati di: |
Pemberitahuan..
Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..
Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...
Thursday, October 14, 2010
PUDING LAICI
Olahan semula oleh
Cik Azz
Pada jam
7:33:00 PM
Labels:
Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment