Assalamualaikum....
Saya baru je selesai menyaksikan rancangan Chel Jurnal kat TV1... Dan di situ ditunjukkan cara-cara untuk membuat nasi kerabu bersama rangkaian lauk-pauk sampingan serta ulam-ulaman... Kalau ada bahan yang terlepas pandang tu, harap maaf la yaa... =)
Gambar pokok dan bunga telang...
Gunakan bunga telang untuk mendapatkan warna biru nasi kerabu. Bunga diramas di dalam air yang telah disukat untuk memasak nasi. Sukatan air untuk nasi kerabu ni sama je dengan memasak nasi putih. Setelah diramas, bunga ini akan mengeluarkan warna biru. Tapis air tu dan kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Boleh juga gunakan pewarna yang di dalam botol... Dan jangan lupa, masukkan juga 2 helai daun limau purut. Biarkan sehingga nasi masak.
Solok lada:
---------------------
6-10 biji lada hijau
1 kilo ikan selayang (direbus dahulu)
1 cawan kelapa parut muda
4 ulas bawang merah
1 sudu makan lada hitam (dikisar - ikut citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
1 batang serai (dihiris halus)
4 sudu besar santan pekat
1 inci halia muda
Cara:
~>Sediakan kukus dan panaskan dahulu air kukusan tersebut..
1- Rebus ikan dengan sedikit air. Sejukkan seketika.
2- Kemudian ambil isi ikan dan tumbuk bersama dengan kelapa parut, bawang, lada hitam, halia muda dan serai. Tumbuk sehingga lumat.
3- Lada hijau di belah, dibuang bijinya dan dibuang sedikit kulitnya (buat seperti lada tu berlubang memanjang).
4- Sumbatkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam lada.
5- Kemudian masukkan 4 sudu besar santan pekat ke dalam air kukusan yang telah mendidih tadi. Campurkan juga sedikit garam.
6- Lepas tu barulah disusun lada yang telah bersumbat tadi di dalam kukus dan kukuslah selama lebih kurang 6-7 minit. Bahagian yang bersumbat disusun menghala ke atas. Jangan kukus terlalu lama, nanti lada terlalu lembik..
Sambal kelapa:
--------------------
Bahan:
1 cawan isi ikan selayang yang telah direbus
1/2 batang serai (dihiris)
1 biji kelapa parut (digoreng seperti menggoreng kelapa untuk buat kerisik)
1 labu bawang besar
Garam secukupnya
Cara:
~>Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. Masukkan garam...Gaul rata.. Siap...
Ikan goreng celup tepung
--------------------------------------------
Bahan:
1 kilo ikan selayang (direbus dengan sedikit air + 2 keping asam keping)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
sedikit air untuk bancuhan tepung
Cara:
1- Bancuh tepung gandum dan tepung beras dengan sedikit air. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
2- Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
3- Kemudian, celupkan ikan yang telah direbus tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing/masak.
Nota: Bahan-bahan ulaman untuk nasi kerabu adalah kobis bulat, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, timun dan taugeh serta budu (jika suka). Kesemua bahan dihiris halus kecuali taugeh.. =D
No comments:
Post a Comment