Assalamualaikum....
Saya baru je selesai buat kuah kacang dan tauhu sumbat ni. Teringin pulak nak makan. Kebetulan siang tadi ada pekan sehari, maka dapat la beli tauhu, timun, lengkuas, sengkuang dan lobak merah ni. Resepi ni mudah je... ikut citarasa masing-masing la ya..
Bahan-bahan untuk kuah kacang:
1 1/2 cawan kacang goreng (yang telah siap disangai dan buang kulitnya)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
1 inci lengkuas (ikut suka)
4 batang serai - 2 batang dititik dan 2 batang lagi dikisar
1 genggam cili kering (digunting-gunting untuk buang biji)
1/2 keping gula melaka (keping yang besar tu)
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
air yang cukup untuk mereneh
Cara:
1) Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, lengkuas, serai (2 batang) dan cili kering hingga halus dengan air yang secukupnya.
2) Kemudian masukkan pula 2 sudu makan minyak masak dan kacang tanah goreng. Kisar sekali tekan je.
3) Lepas tu, terus je curahkan ke dalam periuk. Tambah sedikit lagi air supaya kuah betul-betul masak dan masak dengan api yang sederhana.
4) Masukkan serai yang dititik tadi.
5) Masukkan pula gula melaka. Kacau rata. Masukkan garam dan rasa sebelum tutup api dapur.
Bahan hidangan:
1o ketul tauhu (digoreng dan dipotong 2 dan buat belahan)
1 batang timun**
1 batang lobak merah**
1 biji sengkuang**
~> Kesemua bahan ** dihiris halus dan disumbatkan ke dalam belahan tauhu.
Nota: Kuah kacang ini menggunakan teknik mereneh dan tidak ditumis seperti kebiasaannya.
1 comment:
sedap nyer !!!
Post a Comment