Resepi ni saya salin dari sebuah rancangan yang disiarkan di radio. Kalau ada tertinggal bahan tu, harap maaf la ya... =)
Bahan-bahannya:
1 kilo daging lembu batang pinang (potong dadu)
3 biji kelapa (santan)
15 ulas bawang merah (kisar)
3 inci halia (kisar)
3 inci lengkuas (kisar)
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
2 sudu makan ketumbar (tumbuk)
2 biji kelapa (jadikan kerisik)
2 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan gula merah
garam secukup rasa
Hiasan:
Isi kelapa yang dihiris-hiris
Cara:
~> Campurkan kesemua bahan. Masak sehingga kuahnya kering sedikit dan daging lembut. Rasa garamnya sebelum matikan api dapur..
Nota: Rendang Tok ni memang tak guna bawang putih ke ehh..?? Harap ada yang sudi kongsi info yaa... Macehh...
2 comments:
salam kak azz~
thanx ya... rendang nie best... :)
Wassalam Linda...
Sama2... sharing is caring... kann... hehe...
Ehh... nak tanya sikit... rendang tok ni tak guna bawang putih ke..? Akak tak pernah makan rendang ni...
Post a Comment