Assalamualaikum...
Pagi ni saya masak bihun paling ringkas untuk sarapan. Ni la pertama kali saya masak bihun sepenuhnya hehehe.. Selalunya saya cuma tolong sediakan bahan-bahan untuk penyediaan memasak je... dan jadi tukang kacau dan seterusnya jadi tukang makan. Resepi kali ni saya buat khas untuk anak-anak buah yang sedang bercuti kat rumah ni. Jadinya, bihun goreng ni takde la pedas sangat.
Okay tak bihun yang saya masak ni..?? Okay aje la yaa... =))
Haaa... Kualipun nak interframe jugak... haha...
Bahan-bahannya:
Bihun - anggaran dalam 3 lapis/keping - rendam dahulu untuk melembutkannya
7 ulas bawang merah (dikisar) - saya memang suka letak bawang lebih sikit
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 mangkuk isi ayam
2 keping tauhu - goreng dulu + potong kecil-kecil
1 ikat sayur sawi - cuci pelepahnya dulu + potong
1 1/2 senduk cili kering yang sudah siap dikisar
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin
sedikit garam halus
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak. Lepas tu terus je masukkan bahan kisar. Kacau rata.
2) Masukkan ayam. Kacau rata.
3) Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan garam secukupnya mengikut kesesuaian masing-masing. Kacau lagi.
4) Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Kacau sebati.
5) Lepas tu, masukkan pula sayur sawi dan kacau lagi sehingga bihun benar-benar lembut/masak. Jika bihun masih keras, bolehlah ditambah sedikit air ke dalam kuali tu.
6) Masukkan tauhu yang telah dipotong tadi. Kacau rata.
7) Sebelum angkat, rasa dulu garamnya. Jika kurang masin, bolehlah ditaburkan sedikit garam halus dan kacau sebati. Masukkan ke dalam bekas dan bolehlah dihidangkan.
Nota: Kalau rajin, boleh juga taburkan hirisan telur dadar ke atasnya... Tapi saya malas... =D
2 comments:
salam kak azz~
hehehe.. sekali aje sy penah msak bihun goreng tuk teman2 sewaktu majlis ulang tahun kelahiran mber sy.. :)
Linda~> Wassalam Linda..
Haha.. Akak ingatkan akak sorang je yg tak pnh masak bihun goreng ni... Rupanya ada geng jugak.. =)
Post a Comment