Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Monday, November 15, 2010

KEK MARIE KOKO

Assalamualaikum....


Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk

Tips :

  1. Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
  2. Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!
Nota: Saya masak dalam kuali je. Senang nak kacau sebab luas... hehehe....

2 comments:

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

nie kek batik ke?? :)

~Kak AZZ~ said...

Wassalam Linda...

Ha'ah.. ada yang panggil kek batik... Sedapkan kek ni.... ;p