Saya dah buat dah kek ni semalam. Senang je rupanya. Terima kasih pada tuanpunya blog ni yang sudi berkongsi resepi yang sedap-sedap kat blog beliau..
Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis
Cara-cara :
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis
Cara-cara :
- Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
- Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
- Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
- Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
- Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
- Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
- Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
- Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk
Tips :
- Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
- Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!
Nota: Saya masak dalam kuali je. Senang nak kacau sebab luas... hehehe....
2 comments:
salam kak azz~
nie kek batik ke?? :)
Wassalam Linda...
Ha'ah.. ada yang panggil kek batik... Sedapkan kek ni.... ;p
Post a Comment