Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Thursday, December 2, 2010

SUP AYAM tergolek...

Assalamualaikum...

Menu tengahari ni mudah dan ringkas je, sangat sesuai untuk kanak-kanak ribena hehe... Saya hanya masak sup ayam campur kentang je. Semalam dah buat sambal sardin, hari ni tukar balik kepada ayam. Budak-budak ni kalau takde ayam, susah sikit nak makan...



Bahan-bahannya:

3 keping dada ayam - Potong ikut saiz yang disukai (Budak-budak tak suka ayam yang ada tulang)
5 biji kentang - belah dua je
2 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 bungkus sup tulang bunjut - saya guna adabi
1 sudu makan rempah sup
sedikit suhun - jika suka - basuh dan toskan
sedikit serbuk lada putih
sedikit garam
4 biji cili padi - dipotong-potong
air secukupnya untuk mereneh sup

Caranya:

1) Masukkan ayam, rempah sup, sup tulang bunjut dan bahan kisar ke dalam periuk berisi air... =)

2) Bila dah mendidih, masukkan pula cili padi, serbuk lada putih dan garam. Rasa dulu.

3) Kemudian masukkan pula kentang. Kacau sebati.

4) Bila kentang dah nak empuk, masukkan pula suhun. Tunggu sehingga suhun dan kentang lembut. Rasa sekali lagi dan lepas tu barulah tutup api dapur.


Dan ini pula adalah acar buatan mak saya. Bahan yang diperlukan adalah timun, nenas, cili merah, bawang besar, sedikit garam dan sos cili. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Kuantiti bahan tu pandai-pandai la anggarkan ya...



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera... :-)

No comments: