Pemberitahuan..

Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..

Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...

Wednesday, May 18, 2011

Tart Gulung

Assalamualaikum..

Raya semakin hampir. Puasa yang tertinggal dulu dah habis ganti ke..? Hehe.. Kali ni saje je nak tempek resepi tart gulung yang saya ambil dari akhbar utusan dalam kolum Dari Dapur kelolaan Azli Razali. 

TART GULUNG.

Bahan-bahannya:

**500 gram tepung gandum
**1 1/2 sudu makan tepung kastad
**1 sudu makan tepung jagung
240 gram mentega
1 biji telur- direbus

Bahan sapuan: Campurkan kesemua bahan.

1 biji kuning telur - asingkan putihnya
1/2 sudu makan air atau putih telur yang telah diasingkan tadi
sedikit pewarna

Bahan inti nenas:

1 biji nenas masak
550-650 gram gula
2 inci kulit kayu manis

Cara membuat inti:

1- Mesin atau parut nenas. Kemudian tapis airnya supaya tidak terlalu berair.

2- Masukkan nenas ke dalam periuk bersama gula. Kacau.

3- Bila airnya sudah separuh kering, masukkan kulit kayu manis. Teruskan mengacau sehingga nenas menjadi pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.

Cara membuat doh tart:

1- Kupas telur dan ambil kuningnya sahaja. Kemudian hancur-hancurkan kuning tersebut.

2- Ramas kuning telur bersama dengan **kesemua tepung hingga sekata.

3- Kemudian masukkan mentega dan ramas lagi sehingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, bolehlah ditambah dengan sedikit tepung gandum.

4- Masukkan adunan ke dalam acuan tart/nozel dan paipkan ke atas dulang. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.

5- Letakkan inti nenas yang telah dibulat-bulatkan ke atasnya dan gulung perlahan-lahan.

6- Susun tart di atas dulang pembakar dan sapukan bahan sapuan ke atasnya.

7- Bakar sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

1 comment:

Acik Erna said...

azz..akak..makan suko..nak buek maleh bona..selalu e boli yo..