Assalamualaikum..
Ini adalah resepi dari anak buah saya. Tidak pulak saya tanya kat mana dia ambil resepi ni. Dia dah cuba buat dah biskut ni dan rasanya memang sedap la. Sebab tu la saya minta resepinya sekali.. =))
Bahan-bahan untuk sweet pastry/kulit tart:
125 gm mentega/butter/planta
60 gm gula aising
1 biji telur (Gred B) - saiz sederhana
240 gm tepung gandum
Bahan untuk cheese filling/inti:
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon/limau kasturi
1 biji telur (Gred B)
Blueberry pie filling/jem blueberry
Cara-caranya:
~>Panaskan dahulu oven pada suhu 180 C.
Untuk sweet pastry/kulit tart:
1) Pukul mentega dan gula aising sampai kembang/creamy.
2) Masukkan telur dan pukul lagi.
3) Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga menjadi doh.
4) Tekankan doh tadi ke dalam acuan tart. Tekan ke dalam kemas-kemas/padat. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
5) Bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 15-20 minit.
6) Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan.
Untuk membuat cheese filling:
~> Pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga kembang. Kemudian, masukkan telur dan perahan lemon dan pukul sebati.
7) Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan paipkannya ke dalam doh pastry/kulit tart yang telah dibakar dan disejukkan tadi.
8) Hiaskan di atasnya dengan blueberry filling/jem dan susun di atas dulang pembakar dan bakar lagi sekali dengan suhu 180 C selama lebih kurang 10 minit atau filling/jem tadi kelihatan macam kering sedikit.
Nota: Cheese filling itu akan naik sendiri semasa di bakar.
Pemberitahuan..
Saya tidak pandai memasak tapi saya cuba untuk belajar.. Resepi kat dalam blog ini ada yang saya buat sendiri, ada juga resepi family, resepi dari kawan-kawan, resepi dari majalah, dan ada yang saya ambil daripada blog dan website lain.. Saya minta maaf jika tidak ada link yang diletakkan bersama dengan resepi kerana saya tiada kemahiran dalam bidang IT di awal penubuhan blog ini.. Cuma baru sekarang ini saya tau serba sedikit caranya.. Maaf sekali lagi..
Apapun, terima kasih di atas segala perkongsian semua resepi tersebut.. Moga Allah memberkati serta merahmati kalian.. Aamiin...
Wednesday, June 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kak azz...nyam..nyam..noona nk try buat untuk hari raya nanti leh ke?hehehe.. cheese tart ni memang sedap pun
noonaQQ>
Cuba la noona... Akak suka je kalau budak2 muda mcm noona ni belajar masak2... hehe...
Resepi yg ni sedap gak rasa dia... Macam senang je tgk anak buah akak buat...
Post a Comment